Sabtu, 8 April 2017

aktiviti-aktiviti kem

       Kem ayer itam merupakan satu kawasan latihan untuk penggemar sukan lasak dan aktiviti luar. Kebanyakan peminat aktiviti lasak mempunyai minat dan sedikit pengalaman dalam menjalankan sukam luar yang mereka minati tanpa mempunyai ilmu tentang aktiviti tersebut.
     Oleh itu, kami menyesiakan kemudahan peralatan dan tenaga jurulatih yang berpengalaman dalam menjalankan aktiviti serta mengajar para peserta. Melalui kaedah ini peserta dapat menilai sendiri nilai-nilai kemahiran dan menerima terus ilmu aktiviti luat untuk memudahkan mereka melakukan aktiviti yang diminati dengan kadaran risiko yang rendah.

ada boleh review lebih lagi di  facebook page kem ayer hitam batu kurau  atau terus tekan link di bawah

https://www.facebook.com/BatukurauOutrecSurvivalSchool/

dan lihat video kem 

https://youtu.be/XkUO2NErEgk 

https://youtu.be/ooXeAqNn6wU






SELAMAT DATANG

Kem Ayer Itam terletak di Batu Kurau Taiping Perak. Batu Kurau terletak di utara Taiping Perak kira-kira 26 km dari bandar Taiping.Batu Kurau terkenal dengan hasil buah durian yang di katakan lebih enak. Buat masa ini, pihak kami belum dapat memberikan maklumat yang lebih lengkap berkenaan Kem Ayer Itam.

Kawasan yang dikelilingi zon hijau khususnya Unjuran Banjaran Bintang memberi panorama yang mengasyikkan. Kejernihan jeram, Sungai Ayer Itam dan Caruk Tok Belian menambah rasa nyaman di kem ini. Kampung tradisional Melayu yang kaya dengan pelbagai budaya sudah tentu menambat hati pengunjung ke sini.

Kem ini adalah sebuah pusat pendidikan dan aktiviti luar yang memberikan pengalaman, kemahiran,disiplin dan pengukuhan nilai-nilai murni ke arah membentuk generasi yang cemerlang.  Kem ayer itam ini juga merupakan satu kawasan latihan untuk penggemar sukan lasak dan aktiviti luar. Kebanyakan peminat aktiviti lasak mempunyai minat dan sedikit pengalaman dalam menjalankan sukan luar yang mereka minati tanpa mempunyai ilmu tentang aktiviti tersebut.

Oleh itu, kami menyediakan kemudahan peralatan dan tenaga jurulatih yang berpengalaman dalam menjalankan aktiviti serta mengajar para peserta. Melalui kaedah ini peserta dapat menilai sendiri nilai-nilai kemahiran dan menerima terus ilmu aktiviti luar untuk memudahkan mereka melakukan aktiviti yang diminati dengan kadaran risiko yang rendah.

Kem Ayer Itam ini di kendalikan oleh En Zulkarnain Abdullah yang berasal dari Batu 14, Batu Kurau Perak. Kem ini telah mula memberikan perkhidmatan kepada mereka yang ingin berkhemah dan menikmati keindahan semulajadi di tepi sungai. Kem Ayer Itam ada menyediakan perkhidmatan seperti chalet, kawasan untuk perkhemahan bagi mereka yang ingin mengadakan 'team building' dan sebagainya.

Maklumat lanjut sila hubungi En Mohd Zulkarnain b Abdullah di talian 012-4683162